Monday

Tegur


Lokasi : Masjid
Masa : Sebelum Jumaat

Ketika itu Ahmad sedang menaiki tangga masjid dan terserempak dengan Pak Din.

Pak Din : Ahmad, sini kejap.

Ahmad : Pak Din...Assalamualaikum.

Pak Din : Waalaikumussalam. Awal hari ni ?

Ahmad : (senyum) Ye la Pak Din, saya pun nak tangkap unta jugak...macam Pak Din.

Pak Din : haha...kau perli aku nampak. Aku nak cakap sikit ni. Mari duk sini.

Ahmad : Ada apa Pak Din? Suspen saya ni.

Pak Din : Kau ni, aku tengok rajin je ke masjid. Awal pulak tu. Tapi..

Ahmad : Tapi apa pak Din? Salah ke?

Pak Din : Yang tu tak salah..pakaian kau tu,aku pikir tak berapa nak betul sangat la.

Ahmad : (senyum) Oh..tu ke. Memang saya suka pakai seluar jeans, seluar trek dengan baju t-shirt.            Maksud Pak Din, lebih baik pakai baju melayu atau jubah? 

Pak Din : (senyum)Haaa..lebih kurang la. Kan elok sikit. Macam aku ni hah. Bukan nak bangga..tapi           biasakan la pakaian sunnah. Lama - lama terbiasa la.

Ahmad : Oh..ok. InsyaAllah saya cuba. Mungkin susah sikit la sebab saya dari dulu cam ni. Jiwa rock         Pak Din.

Pak Din : Aku pon macam kau jugak muda-muda dulu. Tapi lepas kahwin, aku berubah slow-slow.            Dan puuufff, jadi la aku sekarang..haha.

Ahmad : Untung laaa. Saya pon nak kahwin jugak la. Anak perempuan Pak Din ramai kan?

Pak Din : Amboi kau. Tak payah nak mengada-ngada hari Jumaat ni.

Ahmad : Ye la Pak Din. Nanti hari lain saya ngada-ngada. Saya naik dulu la ya. Pak Din pon jom la.

Pak Din : Mmm..kau pergi dulu. Aku nak relax-relax dulu.

Ahmad : Ok la Pak Din...cepat sikit,nanti terlepas unta kalau duk kat luar. Lagi satu, merokok tu                                 bukan relax. Sunnah pon tidak. (senyum)

Pak Din : (batuk sambil menyimpan semula rokok ke dalam poket ) Jom-jom.


Baginda SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari) 
Sumber

Cerita seorang ibu..

Sebermulanya cerita pada suatu petang di kelas tuisen biologi..

"Mak kamu bodoh" kata teacher dengan slambernya. Kami semua senyap terkedu.


" Sebab kalau kamu nak demam, sepatutnya dia suruh lawan demam tu. Tapi tak. Dia suruh tidur. Maknanya dia tak belajar bio. Bodohlah tu. Dalam bio kita lawan penyakit dengan negatif feedback. Kalau tau nak demam, melompat banyak-banyak, biar berpeluh. Peluh dapat sejukkan badan. Suhu jadi rendah. Demam hilang!" sambungnya lagi.

"Betul tak?" tanya teacher.

"Teacher, tak baiklah kata camtu" balas seorang sahabat perempuan di depannya.

" Apa yang tak baiknya. Kamu jangan anggap bila kamu kata tak baik, kamu sayang emak kamu. Macamlah kamu baik sangat dengan mak kamu kat rumah." katanya bernada perli sambil memandang kami semua. Teacher senyum penuh makna. Sahabat tadi tersenyum diam. Kami masih kusyuk mendengar.

"Jangan kamu tunjuk kat orang lain yang kamu ni sayang sangat - sangat kat mak kamu. Bohong tu. Hipokrit. Depan kawan boleh la cakap mak baik, mak itu, mak ini. Tapi kat umah, macam -macam kamu buat kat mak. Bila mak panggil. Buat tak tau je. Berdosa tu. Mak panggil lagi. Buat tak tau lagi. Berdosa lagi. Mak panggil kali ketiga. Kita mengeluh. Apa mak ni. Orang sibuk layan facebook ni. Bertambah -tambah lagi dosa." tambah teacher lagi. Kami terus mendengar. Cuba faham mesej yang disampaikan.

" Saya cakap ni sebab saya seorang ibu. Pengalaman seorang ibu." katanya serius.

" Saya tau macam mana rasa di sakiti oleh anak saya. Saya ada seorang anak tiri. Saya jaga dia dari umur dia 14 hari sampailah dia kawin. Tapi dia selalu sakitkan hati saya" keluh teacher perlahan. Teacher duduk. Semua mata tertumpu kepadanya. Semua ingin tahu kisah selanjutnya.

" Saya kawin dengan ayah dia masa dia kecik lagi. Saya jaga dia dengan sepenuh kasih sayang saya.Saya tak pernah anggap dia sebagai anak angkat saya. Sepanjang saya jaga dia, saya selalu berdoa, Ya Allah.. Janganlah kau kurniakan zuriat dari rahimku, sebab aku takut aku tak mampu memberikan kasih sayang yang adil kepada anak angkatku."teacher senyum. Mata aku berair. Sebak.

" Tapi sepanjang saya jaga dia, dia selalu ejek saya. Selalu je jelir lidah kat saya. Bluerrrkkk!!" katanya sambil menunjukkan aksi jelir. Kami gelak. Teacher senyum.

" 11 tahun saya kawin, barulah saya dapat anak 'original'. Saya tetap jaga anak-anak saya tanpa membezakan status mereka. Saya sayang semua. Kasih saya tak pernah berbagi-bagi."

"Akhirnya anak angkat saya tu pun kawin. Satu hari, Tuhan nak tunjukkan sesuatu kat dia. Masa tu saya tengah sembahyang. Depan saya tu pulak ada cermin. Masa tengah sembahyang tu saya perasan dia jelir kat belakang saya. Kebetulan pulak masa tu, suami dia perasan apa yang dia buat kat saya"    

"Apa lagi, lepas tu dia kena la basuh cukup-cukup ngan suami dia tu. Saya sempat dengar suami dia kata sampai hati dia buat camtu kat saya, orang yang bela dia dari umur 14 hari." teacher senyum. Aku senyum paksa.

"Suatu hari, saya ziarah rumah dia. Nak tengok cucu la kononnya. Saya nak tengok camna anak dia. Sama tak ngan perangai dia yang 'baik' tu. Memang Tuhan nak tunjuk kat dia. Masa tu anak dia panggil dia. Nak suruh hantar pergi tuisen. Cara anak dia panggil pon baik punyer. Siap tengking-tengking lagi. Yang seronoknye, anak dia jelir kat dia. Sebijik sama cam dia buat kat saya. Dalam hati saya kata, padan muka !!"
Hahahahaha. Semua gelak.Aku pun gelak sekali.


Sedih. Kecewa. Marah. Suka.
Cerita seorang ibu.

" Asalkan bahagia"
 -Teacher Bio-