Lokasi : Masjid
Masa : Sebelum Jumaat
Ketika
itu Ahmad sedang menaiki tangga masjid dan terserempak dengan Pak Din.
Pak Din : Ahmad, sini kejap.
Ahmad : Pak Din...Assalamualaikum.
Pak Din : Waalaikumussalam. Awal hari ni ?
Ahmad : (senyum)
Ye la Pak Din, saya pun nak tangkap unta
jugak...macam Pak Din.
Pak Din : haha...kau perli aku nampak. Aku
nak cakap sikit ni. Mari duk sini.
Ahmad : Ada apa Pak Din? Suspen saya ni.
Pak Din : Kau ni, aku tengok rajin je ke
masjid. Awal pulak tu. Tapi..
Ahmad : Tapi apa pak Din? Salah ke?
Pak Din : Yang tu tak salah..pakaian kau
tu,aku pikir tak berapa nak betul sangat la.
Ahmad : (senyum)
Oh..tu ke. Memang saya suka pakai seluar jeans, seluar trek dengan baju
t-shirt. Maksud Pak Din, lebih baik pakai baju melayu
atau jubah?
Pak Din : (senyum)Haaa..lebih kurang la. Kan elok sikit. Macam aku ni hah.
Bukan nak bangga..tapi biasakan la pakaian sunnah. Lama - lama
terbiasa la.
Ahmad : Oh..ok. InsyaAllah saya cuba.
Mungkin susah sikit la sebab saya dari dulu cam ni. Jiwa rock Pak Din.
Pak Din : Aku pon macam kau jugak muda-muda
dulu. Tapi lepas kahwin, aku berubah slow-slow. Dan puuufff, jadi la
aku sekarang..haha.
Ahmad : Untung laaa. Saya pon nak kahwin
jugak la. Anak perempuan Pak Din ramai kan?
Pak Din : Amboi kau. Tak payah nak
mengada-ngada hari Jumaat ni.
Ahmad : Ye la Pak Din. Nanti hari lain saya
ngada-ngada. Saya naik dulu la ya. Pak Din pon jom la.
Pak Din : Mmm..kau pergi dulu. Aku nak
relax-relax dulu.
Ahmad : Ok la Pak Din...cepat sikit,nanti
terlepas unta kalau duk kat luar. Lagi satu, merokok tu bukan relax. Sunnah pon tidak. (senyum)
Pak Din : (batuk sambil menyimpan semula rokok ke dalam poket ) Jom-jom.
Baginda SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)
Sumber
Baginda SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)
Sumber